5 MONUMEN YANG HEBAT!!!
Assalamualaikum WBT dan salam satu malaysia.... =)
Ok entry kali ni kami akan membawa anda semua melancong hehehehe
melancong dalam blog kami
laa..lalalala...mesti anda semua sangat teruja
kan..kan.. Kami akan memperkenalkan
kepada anda 5
senibina daripada beberapa tamadun yang masih teguh berdiri
hingga ke hari ini ..
TAJ MAHAL LAMBANG
CINTA (Tamadun India)
![]() |
Bahagian dalam taj mahal |
Mengikut sejarahnyanya
,pembinaan taj mahal adalah lambang kasih sayang dan cinta sejati daripada seorang
suami (shah jahan) kepada isterinya( mumtaz mahal) . Shah jahan adalah Maharaja Dinasti Munghal
,telah memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika
melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di
medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan
tanah jajahannya.
Untuk pengetahuan semua Taj Mahal
adalah salah satu 7 benda ajaib di dunia. Wow bagaimana ia boleh menjadi salah
satu benda ajaib di dunia???
![]() |
MONUMEN TAJ MAHAL YANG INDAH |
Pembinaan trukturnya yang begitu indah
dan mempersonakan akan membuat kita semua tidak berkelip2 –kelip mata
memandangnya . Menurut sejarah lagi,ustaz Ahmad telah mengumpulkan 20,000 orang
pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang
termasyhur dari seluruh dunia.Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat
daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah.Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian,
jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Kubahnya turit dihiasi
dengan emas membuatkan ia begitu bercahaya. Pembinaan Taj Mahal menelan masa
selama 22 tahun sebelum ia siap sepenuhnya.
TEMBOK BESAR CHINA KUBU PERTAHANAN NEGARA(TAMADUN
CHINA)
![]() |
TEMBOK BESAR CHINA |
Pembinaan tembok besar China adalah
sesuatu yang begitu menakjubkan. Bermula sebagai kubu pertahanan ia kini
menjadi salah satu tempat yang wajib anda kunjungi jika anda berada di china.
Mari kita lihat rentetan pembinaannya sehingga ia menjadi satu kubu pertahanan yang begitu kukuh.
Tembok
besar China,merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan
diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa
Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak
Turkic.Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke
Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China
dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Tembok
Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang
pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu
itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan
sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga Zaman Negeri-negeri
Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan dan raja pelbagai
negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri masing-masing
telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan.
Pada
tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan
China. Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang
lebih 5 ribu kilometer bagi memghalang serangan askar suku kaum normad di
padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah
memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa
selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China
masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50
ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi.
Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata
panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Tinggi Tembok Besar
umumnya belasan meter dan lebar di atas Tembok Besar itu kira-kira 5 meter, 4
orang askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan
bahan makanan dapat diangkut di atasnya. Askar boleh turun dan naik menerusi
tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam. Banyak kubu pertahanan telah
dibina di sepanjang Tembok Besar. Kubu pertahanan itu mempunyai banyak fungsi.
Fungsi pertama ialah tempat askar berlindung semasa berperang. Mereka juga
boleh berehat di kubu itu pada waktu aman disamping menjadi tempat menyimpan
senjata dan bekalan bahan makanan, apabila musuh menyerang, tahi serigala
dibakar di atas kubu pertahanan tersebut membentuk asap untuk menyampaikan
isyarat bahaya dengan segera.
Bagaimanakah
piramid kufu dikatakan seni bina yang unik yer...pasti anda semua tertanya-tanyakan...
Piramid kufu adalah senibina yang unik dimana bentuknya telah dibina sesuai
dengan keadaan persekitaran padang pasir . Jarang kita dapat melihat bentuk
bangunan yang berbentuk piramid seperti piramid kufu ini.
Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang
terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu
(nama Greek:
Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM)
daripada Wangsa Mesir Keempat.
Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina
pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
Piramid
Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua
antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar
Kematian Giza, Mesir.
Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah,
dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi
laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang
kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta
mastaba-mastaba untuk bangsawan.
Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang
mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga.
Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang
merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu.
Pada
tahun 1301,
satu gempa bumi
yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut
ke Kairo oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan
Sultan
Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan
kubu-kubu.
Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki
piramid.Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya
seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan
sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.
Piramid
ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan
dibentuk. Terasnya dibuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah yang
diambil dari kuari di selatan Piramid Agung Khufu. Blok batu tersebut seberat
purata antara dua hingga empat tan, dengan yang terberat digunakan sebagai asas
piramid, dengan anggaran 2.4 juta blok telah digunakan dalam pembinaan. Batu
kapur bermutu tinggi digunakan bagi selongsong luar, dengan sesetengah blok
seberat sehingga 15 tan. Batu kapur ini datangnya dari Tura, sekitar 8 batu
diseberang sungai Nil.
Jumlah
keseluruhan jisim piramid dianggarkan sekitar 5.9 juta tan. Isipadu (termasuk anak bukit
dalaman) dipercayai sebesar 2,600,000 meter padu. Piramid ini
merupakan piramid terbesar di Mesir dan tertinggi di dunia dan hanya diatasi
oleh Piramid Agung Cholula di Puebla, Mexico, yang,
sungguhpun jauh lebih rendah, merangkumi isipadu yang lebih besar.
ALHAMBRA (Tamadun
Islam)
Alhambra membawa maksud istana
merah / lembayung adalah nama sebuah kompleks istana
benteng yang megah dari kekhalifahan bani ummayyah dimana ia terletak di Granada, Spanyol bahagian selatan (dikenali sebagai Al-Andalus ketika benteng ini didirikan), yang mencakupi wilayah berbukit di sempadan kota Granada. Istana ini dibangunkan sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.
benteng yang megah dari kekhalifahan bani ummayyah dimana ia terletak di Granada, Spanyol bahagian selatan (dikenali sebagai Al-Andalus ketika benteng ini didirikan), yang mencakupi wilayah berbukit di sempadan kota Granada. Istana ini dibangunkan sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.
Warna menaranya dan dinding yang dikelilingi
oleh seluruh bukit La Sabica akan berwarna perak apabila malam hari dan
berwarna emas apabila disinari cahaya matahari.
Dicipta pada asalnya untuk tujuan ketenteraan, Alhambra adalah sebuah "Alcazaba" (kubu), "Alcazar" (istana) dan kecil "medina" (bandar), semua dalam satu. Ini watak tiga membantu untuk menjelaskan ciri-ciri yang banyak monumen.Ia telah dibina pada pertengahan abad ke-14 oleh Raja-raja Moor Emiriah Granada di dalam al-Andalus, menduduki atas bukit Assabica pada sempadan tenggara bandar Granada.
Istana Moorish
Alhambra telah dibina
untuk Emirs Islam terakhir
di Sepanyol dan mahkamah,
dinasti Nasrid. Selepas
Reconquista (penawanan semula)
dengan Católicos Reyes ("Katolik Monarchs") pada tahun 1492, beberapa bahagian telah digunakan
oleh pemerintah Kristian.
Istana Charles V, dibina oleh Charles V, Maharaja
Rom Suci pada tahun 1527, telah
dimasukkan ke dalam Alhambra dalam kubu pertahanan
Nasrid. Selepas dibenarkan
untuk jatuh ke dalam keadaan rosak
selama berabad-abad, Alhambra "ditemui" dalam abad ke-19 oleh ulama dan pelancong Eropah, dengan pemulihan bermula. Ia
kini merupakan salah satu tarikan utama
pelancong di Sepanyol, mempamerkan
seni bina Islam yang
paling penting dan terkenal
di negara ini, bersama-sama dengan bangunan
abad ke-16
Dicipta pada asalnya untuk tujuan ketenteraan, Alhambra adalah sebuah "Alcazaba" (kubu), "Alcazar" (istana) dan kecil "medina" (bandar), semua dalam satu. Ini watak tiga membantu untuk menjelaskan ciri-ciri yang banyak monumen.Ia telah dibina pada pertengahan abad ke-14 oleh Raja-raja Moor Emiriah Granada di dalam al-Andalus, menduduki atas bukit Assabica pada sempadan tenggara bandar Granada.
![]() |
AL HAMBRA MONUMEN TAMADUN ISLAM |
COLOSSEUM
PENTAS PERTUNJUKKAN (TAMADUN ROM)
Colosseum
antara senibina yang juga menjadi salah satu antara 7 benda ajaib di dunia. Ia
terletak di Rom ,dimana ia merupakan sebuah monumen sejarah yang pada asalnya
adalah sebuah pentas pertunjukkan . Ia merupakan bangunan yang terbuka
berbentuk separa bulat dan mempunyai pentas serta tempat duduk. Dibina semasa
pemerintahan Maharaja Vespasian di antara tahun
70 hingga 72 dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.
Colosseum
telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir, namun ia masih digunakan
sehingga tahun 217. Ia telah mula
dibaiki pada tahun 238 untuk dijadika tempat pertunjukkan gladiator sehinnga
pertunjukkan tersebut diberhentikan secara beransur-ansur. 2 gempa bumi yang
berlaku pada tahun 442 dan 508 telah menyebabkan kerosakan yang begitu teruk
terhadap bangunantersebut. Setelah itu ia digunakan pula untuk menyimpan
pelbagai jenis binatang sehingg tahun 524. Pada tahun 847 dan 1349 colosseum
mengalami kerosakan yang lebih teruk lagi disebabkan oleh gempa bumi. Namun begitu
sebahagian daripada struktur bangunan ini masih berdiri teguh hingga kehari
ini. Banyak batu marmar digunakan untuk membaik pulih bahagian-bahagian
colosseum yang telah rosak.
Pada
abad 16 dan 17, keluarga-keluarga Roman menggunakan Colosseum sebagai tempat
pengambilan batu marmar untuk pembinaan bangunan Basilika St. Peter dan
kediaman khusus palazzi, keluarga Roman. Pada tahun 1794, Paus Benedict XIV
telah melarang menjadikan Colosseum sebagai tempat perlombongan sebagai langkah
untuk memelihara bangunan tersebut.
Pada
tahun 2000 , sebuah telah berlakunya
tunjuk perassan di Itali
untuk menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia
(di Itali, hukuman mati dihapuskan pada tahun 1948). Beberapa tunjuk
perasaan telah berlakudihadapan Colosseum. Bermula dari saat
tersebur, sebagai sebuah isyarat untuk menentang hukuman mati
tersebut, penduduk tempatan mengganti warna Colosseum di malam
hari dari putih menjadi emas
dengan menerangkan bangunan tersebut menggunakan lilin dan lampu neon sehingga
seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.
Apa
yang menariknnya mengenai monumen ini adalah keteguhannya yang begitu kuat
sehinggakan ia masih mam pu berdiri hingga ke hari ini.
MACHU PICCHU SIMBOL KERAJAAN INKA
Machu
Picchu (yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa
Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang")
adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak
di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut.
Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba
di Peru,
sekitar 70 km ke barat laut Cusco.
Merupakan
simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal.
Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika
bangsa Sepanyol
berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah
dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa,
tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh
seorang ahliarkeologi
dari Universiti Yale yang bernama Hiram Bingham
III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. Sejak itu, Machu
Picchu menjadi bahan pelancongan berasaskan sejarah yang menarik
bagi para pelancong tempatan mahupun asing.
Machu
Picchu dibangun dengan gaya Inka kuno dengan batu tembok berpelitur. Bangunan
utamanya adalah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Ruangan Tiga Jendela.
Tempat-tempat ini disebut sebagai Distrik Sakral dari Machu Picchu.
~~all pictures are credit to google~~
No comments:
Post a Comment