Jika kita rujuk daripada mana-mana sumber rujukan sekali pun, sama ada sumber tersebut datangnya daripada buku teks sejarah, majalah, dan sebagainya kita akan dapati maksud tamadun lebih kurang sama sahaja.
'Tamadun' berasal daripada perkataan maddana (Bahasa Arab) yang diterbitkan daripada perkataan madani. Kedua-dua perkataan yang telah disebutkan sebenarnya berasal daripada deen.
Maksud istilah-istilah tersebut ialah:
- maddana : merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti
- madani : merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
- deen : bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama
Tamadun ialah sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.
Maksud 'tamadun' daripada perkataan lain pula ialah:
Bahasa Arab
hadarah : merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.
Bahasa Inggeris
civilization : berasal daripada perkataan civitas (bahasa latin) yang bermaksud bandar atau kota. Secara umumnya, tamadun diertikan sebagai peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat.

No comments:
Post a Comment